Dihantar Oleh Pada 17 May, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5 orang
Description

resipi sendiri neee

Share:
Bahan-bahan
  • 1 kilo siput sedut
  • 10 batang cili padi
  • 2 inci kunyit hidup
  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 mangkuk santan pekat(dari 1 biji kelapa)
  • garam dan perasa
  • 3 keping asam keping
  • sedikit daun kencur(hiris halus-ni optional yer tak letak pun okay)
Cara-cara
  1. Bersihkan siput dengan hampas kelapa hingga bersih,perahkan air limau kasturi bagi menghilangkan hanyir siput

  2. Blend cili api,bawang merah,bawang putih dan kunyit dengan sedikit santan.

  3. Masukkan kedalam periuk bahan yang telah diblend tadi.

  4. Masakkan bahan ini sebentar dan masukkan sekali asam keping dan siput.

  5. Kacau sebentar dan masukkan santan.kacau lagi.

  6. Perasakan dengan garam dan perasa.pastikan santan tidak pecah dengan mengacau kuah siput ini sentiasa dengan api yg perlahan

  7. Bila telah mendidih ,masukkan daun kencur tadi.kacau sebentar.matikan api.siap untuk dihidang