Resepi Honey Beef Steak

 Dihantar Oleh Pada 16 May, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

resepi penyediaan daging sahaja, sesuai dimakan dengan berbagai jenis steak sauce, ikut selera

Share:
Bahan-bahan
  • 4 keping daging batang pinang segar - selain daging batang pinang pun boleh
  • 4 sb olive oil atau minyak
  • 4 sb madu lebah
  • 4 ulas bawang putih tumbuk Atau 4 sk garlic powder
  • 4 sk sebuk lada hitam
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Tidak perlu basuh daging jika ia baru disembelih, kalau terlalu lama basuh kemudian lap kering dengan tuala tangan.

  2. Ketuk daging dgn pemukul daging hingga leper, kemudian cucu dgn pisau atau garpu

  3. Seasoning permukaan atas dan bawah daging, mula-mula sapu dengan madu, minyak, lada hitam dan garam, perap

  4. Sediakan kuali panas berisi sedikit minyak, bakar atau goreng kepingan daging atas dan bawah sedikit perang

  5. Lepas daging sedikit perang pada masa yang sama masukkan cendawan butang segar atau apa2 jenis cendawan yang lain yang telah dihiris, goreng sekali hingga daging masak, kemudian tuang secukupnya apa-apa jenis steak sauce

  6. Hias dgn carrot, broccoli, bunga kobis, kacang buncis dan kentang, rebus kesemua bahan sedang-sedang sahaja, kecuali kentang, masak hingga empuk dalam air rebusan yang sama, hidang dan sedia dimakan dgn nasi atau roti

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua