Dihantar Oleh Pada 05 June, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 15-20 keping
Description

'Homemade' daging burger

Share:
Bahan-bahan
  • 2 cawan daging cincang
  • 1 cawan breadcrumbs (serbuk roti)
  • 1 labu bawang besar - saiz kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar sos Worcestershire
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara
  1. Gaul semua bahan-bahan di atas kecuali telur.

  2. Pukul telur sekejap. Masukkan sikit demi sedikit. Agak-agak boleh bentuk, berhenti dari masukkan telur.

  3. Ambik sedikit dan buat bentuk bulat. Kemudian leperkan/ nipis. Buat sampai habis.

  4. Lepas tu bolehlah digoreng.

  5. Lagi nipis lagi sedap.. untuk dapatkan bentuk yang nipis boleh disimpan dulu dalam freezer. Kemudian potonglah nipis-nipis.