Resepi Puding Karamel Lapis Coklat

 Dihantar Oleh Pada 15 May, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Loyang bulat 6" x 3"
Description

Dapat resepi ni dari blog Kak Ummi Zaihadi. Saja nak menambahkan variasi puding karamel di sini. Thanks untuk Kak Ummi.

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan A :
  • 1 tin susu cair
  • 5 sudu besar gula
  • 3 biji telur Gred A
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Bahan B :
  • 1 tin susu cair
  • 5 sudu besar gula
  • 3 biji telur Gred A
  • 4 sudu besar serbuk koko @1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat
  • Bahan C :
  • 2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas (atau boleh guna 2 sudu besar madu)
Cara-cara
  1. Kacau Bahan A dan Bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.

  2. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang.

  3. Masukkan ¾ cawan adunan Bahan A ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit atau hingga masak.

  4. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan Bahan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang-seli hingga habis.

  5. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan.

  6. Potong dan hidang.