Resepi Sweet Bun (Bun Manis)

 Dihantar Oleh Pada 10 May, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 18 biji ±
Description

Hidangan untuk bila2 masa. Di sukai anak2

Share:
Bahan-bahan
  • 300gm Tepung Roti (High Protein Flour)
  • 300gm Tepung Halus (Super Fine Flour)
  • 10gm Yis kering (ibu roti)
  • 6gm Garam
  • 120gm Gula Kastor
  • 2 biji Telur (Gread A)
  • 250ml Susu Segar
  • 100gm Mentega
  • Air - untuk disapu pada roti sebelum dimasak
  • Mentega/Majerin - untuk disapu setelah masak (bagi mengilatkan roti)
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan-bahan kering - tepung roti, tepung halus, yis, gula kastor & garam. Masukkan susu, telur & mentega. Uli seketika (dalam keadaan ini adunan melekit seperti tidak cukup tepung)

  2. Diatas dulang atau papan canai, taburkan tepung sedikit. Keluarkan adunan dan uli dgn tangan. Adunan masih melekit - JGN TAMBAH TEPUNG. Teruskan menguli hingga tidak melekat di tangan/adunan licin (menggunakan tangan masa dlm 25 minit/mesin tepung 10-15 minit).

  3. Setelah siap masukkan adunan tadi didalam bekas & tutup dengan kain lembab atau kertas mahjong (kertas minyak). Biarkan adunan selama 1 jam atau naik sekali ganda.

  4. Untuk menguji adunan dah naik sekali ganda, cucuk dgn jari di tengah2 adunan & ia akan lambat naik semula. Keluarkan adunan di atas papan canai. Gunakan teknik "punching & stretching" tumbuk adunan utk mengeluarkan angin. Setelah siap biarkan lagi selama 15 minit.

  5. Bahagikan doh kepada 50gm - 60gm setiap satu. Aturkan terus ke dlm dulang pembakar. Biarkan adunan naik lagi selama 15 - 20 minit.

  6. Sementara itu panas kan oven pada suhu 190°C. Sebelum roti dibakar, sapu kan air diatas permukaan roti utk menggelakkan roti menjadi kering ketika dibakar.

  7. Setelah masak sapukan mentega atau majerin agar roti nampak berkilat

Tags 
  •   roti
  • Laporan MasakanLihat Semua (0)
    Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua