Dihantar Oleh Pada 03 January, 2007
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 org
Description

Mudah dan sedap..

Share:
Bahan-bahan
  • ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 sudu besar pes tom yam
  • 4 helai daun limau purut
  • 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • 3-4 cawan air
  • Garam dan perasa
  • Sedikit minyak
  • Sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato)
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.

  2. Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar).

  3. Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.

  4. Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa.

  5. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.

  6. Akhir skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.

  7. TIPS: Tom yam yang enak, ada sedikit rasa pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau.