Dihantar Oleh Pada 06 May, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Untuk sekeluarga...
Description

Bagi sifu2 kat MYR, puding nih simple aje ;). Love cuba2 buat ikut sukatan sendiri. Jadi gak...

Share:
Bahan-bahan
  • 10gm serbuk agar2
  • 350ml air
  • 650ml susu perisa coklat UHT
  • 100gm gula pasir
  • secubit garam
  • 3/4 sk coklat emulco
  • Susu cair Ideal
Cara-cara
  1. Didihkan air bersama serbuk agar-agar dan gula. Kacau hingga larut.

  2. Tuangkan susu coklat UHT. Masukkan garam dan coklat emulco.

  3. Kacau selalu hingga didih sedikit. Padamkan api.

  4. Tuangkan ke dlm acuan pilihan sendiri. Biar suam dulu dan masukkan ke dlm peti sejuk. Biar betul2 sejuk.

  5. Curahkan susu cair ke atas puding sebelum disajikan. Selamat mencuba! ;)

  6. Kalau nak buat puding susu strawberry, gantikan aje susu perisa coklat ngan perisa strawberry dan tambah strawberry emulco.