Resepi Puding Karamel Gula Hangus

 Dihantar Oleh Pada 01 May, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 22cm
Description

Cara yang paling mudah membuat Puding.Resepi dari kawan tapi dah modified. Anak2, wife & mak mentua kata... best

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan Untuk Puding:
  • 10 biji telur ayam gred B
  • 1 tin susu/krimer pekat manis (505gm)
  • 1 tin susu air (guna tin susu tadi)
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • Bahan Untuk Karamel:
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar air panas
Cara-cara
  1. Sediakan Karamel terlebih dahulu. Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air panas lagi. Boleh tambah sedikit air lagi jika terlalu pekat. Padamkan api. Tuangkan ke dalan bekas untuk dikukus.

  2. Pecahkan telur kedalam mangkuk (cuci dulu telur tu). Masukkan susu/krimer pekat manis, Air dan esen vanilla bersama telur tadi.

  3. Kacau rata bahan bahan tadi. (Jangan dipukul nanti kembang pulak).

  4. Dah rata, Tapis dan tuang ke dalam bekas yang telah dituang karamel tadi. Kukus selama 30 minit.

  5. Dah masak sejukkan dan bolehlah diterbalikkan ke atas pinggan hidangan.Selamat mencuba.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua