Resepi Kuih Vadei

 Dihantar Oleh Pada 30 April, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 20 biji
Description

sesuai untuk penggemar kacang dal

Share:
Bahan-bahan
  • 500gm kacang dal direndam selama 6 jam
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 biji cili hijau dibuang biji dan dihiris halus
  • 1 tangkai daun kari diracik halus
  • 1 sudu makan ikan bilis dikisar halus
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan rempah kari
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. Tos kacang dal dan dikisar sederhana halus dan ditapis. Buang airnya. Campurkan semua bahan kecuali minyak ke dalam kacang dal kisar dan gaul hingga sebati.

  2. Panaskan kuali, ambil sedikit adunan dibulat-bulatkan dan leperkan sedikit dan goreng di dalam minyak panas.

  3. Ulang seperti cara 2 hingga adunan habis.

  4. setelah selesai menggoreng, bolehlah dihidangkan bersama minuman teh atau kopi.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua