Resepi Mee Kuah

 Dihantar Oleh Pada 04 June, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Resepi dari mak mertua

Share:
Bahan-bahan
  • 500g mee
  • 5 cawan air rebusan tulang ayam
  • udang, daging, isi ayam
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
  • sawi
  • taugeh
  • tomato
  • bawang goreng
  • sos tomato - jika suka
  • sos cili - jika suka
  • kicap cabai (kicap manis + cabai dipotong halus + sedikit cuka)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam
  • gula
  • ajinomoto - jika suka
  • limau nipis
Cara-cara
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau

  2. Masukkan isi ayam, daging atau udang. Kacau balik sekejap dalam 1-2 minit. Masukkan air rebusan

  3. Masukkan pula lada hitam yang telah ditumbuk halus

  4. Masak sehingga mendidih dan daging empuk. Kemudian masukkan sawi, garam dan gula. Masak 2-3 minit. Padamkan api. Masukkan taugeh dan tomato yang dipotong

  5. Celur mee dalam air mendidih.

  6. Bila dah siap. Masukkan mee ke dalam mangkuk dan masukkan kuah tadi.

  7. Taburlah dengan bawang goreng.

  8. Kalau nak lagi sedap bolehlah dimasukkan sos tomato, sos cili, kicap cabai dan perahan air limau nipis.