Resepi Kuih Cara Moden

 Dihantar Oleh Pada 27 April, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: sekeluarga
Description

Resepi asal dari laman web saji...saya dah cuba dan ini lah hasilnya...sedap..tq kpd tuan empunya resepi....leh la kongsi kat sini ye..hehehe

Share:
Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 250ml susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil mauripan
  • sedikit garam
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar butter ( cairkan )
  • sekaya secukupnya ( resepi kaya boleh anda lihat di resepi sekaya pandan )
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan dan gaul rata (kecuali susu dan telur).

  2. Kemudian masukkan susu dan telur

  3. Gaul hingga sebati. Biar selama 1 jam.

  4. Kemudian masukkan butter cair dan gaul rata semula.

  5. Panaskan acuan (kuih cara ) dengan butter. Sudukan adunan dan isikan kaya ataupun apa saja isian kegemaran anda

  6. Tuang sedikit lagi adunan agar ia menutupi isiannya.

  7. Apabila ianya kekuningan....angkat.Buat sehingga habis....

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua