Dihantar Oleh Pada 26 April, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 10 orang
Description

Pencuci mulut yang disukai ramai

Share:
Bahan-bahan
  • 300gm Kacang Soya
  • 2 litre Air
  • * 2 ½ sudu besar Tepung jagung
  • * ½ sudu teh Curdling powder (boleh didapati di kedai jual bahan2 kek)
  • * ¼ cawan Air masak
  • 1-2 helai Daun pandan (ikut suka)
  • Air gula putih atau merah
Cara-cara
  1. Basuh kacang soya (kosek-kosekkan) & rendam selama 4-5 jam. Jangan terlalu lama nanti tau fu fa akan berair.

  2. Kisar kacang soya bersama 2 litre air & tapis menggunakan kain muslin. Kalau tak ada kain muslin boleh gunakan tapis teh kain (mcm kedai mamak guna)

  3. Masukkan daun padan & masak air soya hingga betul-betul mendidih. Tapi kena hati-hati, jangan sampai melimpah keluar.

  4. Sementara menunggu air soya tadi mendidih, dalam mangkuk berasingan campurkan bahan-bahan yang bertanda * - tepung jagung, serbuk CDL & air

  5. Sediakan thermos nasi (bekas tahan panas untuk memastikan tau fu fa sentiasa panas dan menjadi keras).

  6. Tuang dengan segera air soya yang telah mendidih kedalam bekas. Bacuhan tepung jagung dikacau seketika dan masukkan kedalam air soya panas cepat-cepat. Kacau rata sekejap dan tutup. Biarkan selama 30 minit atau agak2 dah boleh dimakan.

  7. Bila tau fu fa dah siap, atas tu akan mcm berkepala (boleh makan atau buang). Dah boleh mkn bersama air gula