Sup Ayam Dan Daging Spesel

Resepi Sup Ayam Dan Daging Spesel

 Dihantar Oleh Pada 29 December, 2006
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 org makan.
Description

resepi sendiri..resepi ni jun campurkan ayam dan daging sekali, kalau x suka boleh buat ayam/daging sahaja..ikut selera masing2. sup ni agak pekat, boleh dimakan dengan nasi atau roti..

Share:
Bahan-bahan
  • 4 ketul ayam-dipotong kecil
  • 300gm daging-dipotong nipis
  • 1 biji ubi kentang-dipotong dadu
  • 1/2 btg carrot-dipotong dadu
  • 1 biji tomato-dipotong dadu
  • 3 biji bawang merah-ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih-ditumbuk
  • 1 batang serai-dititik
  • 2 1/2 sudu besar serbuk rempah sup
  • 1 sudu besar serbuk kurma
  • 1 in halia-ditumbuk
  • 3 cawan air
  • Minyak secukupnya
  • Garam, serbuk perasa, daun sup dan bawang goreng untuk hiasan
Cara-cara
  1. Panaskan minyak. Tumis serai, bawang merah, bawang putih dan halia yg ditumbuk. Masukkan rempah sup dan rempah kurma bersama sedikit air. biar naik baunya.

  2. Masukkan air. Bila mendidih, masukkan ayam dan daging dan ubi kentang, biar empuk sedikit.

  3. Masukkan carrot dan tomato. Masukkan garam dan serbuk perasa. Biar mendidih dan pekat sedikit.

  4. Bila sudah masak, taburkan daun sup dan bawang goreng. Hidangkan bersama nasi atau roti..

Tags 
  •   sup
  • Laporan MasakanLihat Semua (0)
    Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua