Resepi Kek Lapis Coklat Cadbury

 Dihantar Oleh Pada 21 April, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Kek berukuran 8 1/2 X 8 1/2"
Description

Ini adalah koleksi resipi kek sarawak yang amat diminati oleh anak-anak saya tapi saya lupa dari mana saya dapat. Adunan boleh siap dalam masa 30 minit sahaja dan dibakar dalam masa 2 jam. Bahan-bahannya pula sangat mudah didapati. Selamat mencuba...

Share:
Bahan-bahan
  • 16 oz mentega
  • 7 biji telur ayam
  • 100 gm gula halus
  • 180 gm tepung gandum
  • 1/2 tin susu manis/pekat
  • 1 sudu teh vanilla
  • 200 gm horlicks
  • 2 kotak coklat cadbury
  • Pewarna kuning
Cara-cara
  1. Pukul mentega dengan gula hingga berkrim.

  2. Masukkan telur satu persatu dan gaul rata.

  3. Masukkan susu, tepung, vanilla, horlicks dan pewarna kuning, gaul hingga betu-betul rata dan tepung/horlicks tidak berketul-ketul.

  4. Masukkan 7 sudu makan adunan dan bakar hingga kekuningan.

  5. Bila sudah masak susun coklat cadbury secara rawak dan masukkan 7 sudu adunan lagi bagi menutupi coklat tadi. Bakar lagi hingga masak dan kekuningan.

  6. Susun lagi coklat cadbury dan masukkan 7 sudu adunan. Buat begitu hingga adunan habis.

  7. Anda boleh susun coklat selapis demi selapis atau selang selapis. Kalau selang selapis lebihkan coklat.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua