Dihantar Oleh Pada 19 April, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: ramai boleh makan ni....
Description

Resipi mudah untuk org bujang mcm sy... Sesuai di makan dgn sate, nasi impit atau untuk kuah rojak.

Share:
Bahan-bahan
  • 200 g Kacang tanah (digoreng dgn minyak sedikit, kemudian dikisar halus)
  • 5 sudu cili kering @ cili boh
  • 2 batang serai dititik
  • *Halia (sebesar ibu jari) dihiris
  • *3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu rempah kari (bancuh dgn 3 sudu air)
  • gula melaka (dihiris-hiris) secukupnya
  • kepala rempah (1 batang kayu manis, 2 buah pelaga, 2 cengkih, 2 bunga lawang)
  • garam & ajinamoto secukupnya
  • air secukupnya (bergantung kepada tahap kpekatan yang dikehendaki)
Cara-cara
  1. bahan bertanda * ditumbuk halus. panaskan kuali, masukkan minyak

  2. tumis kepala rempah sehingga terbit bau. kemudian masukkan bahan yg di tumbuk, tumis sehingga wangi. masukkan serai

  3. bila dah wangi, masukkan rempah & cili kering, tumis sehingga pecah minyak.

  4. masukkan kacang tanah yang telah dikisar halus, kemudian masukkan air. tunggu sehingga pecah minyak sekali lagi. masukkan air (bergantung pada tahap kecairan yag diingini)

  5. masukkan gula melaka, garam dan ajinamoto. siap utk dimakan bersama sate, nasi impit atau menjadi kuah mee rojak... selamat mencuba

Komen