Dihantar Oleh Pada 09 April, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4-5 orang
Description

Lagi satu koleksi resepi ayam versi dayang. Memang mudah, ringkas dan sedap lbh2 lg cecah dgn sambal cili/sos cili. Nak tengok gambar dekat, silalah ke blog dayang. http://dayangjack.blogspot.com

Share:
Bahan-bahan
  • 8 ketul ayam saiz L @ XL (dibersihkan dgn air limau)
  • 1 sudu makan ketumbar (disangai)*
  • 1/2 sudu makan jintan putih (disangai)*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • gula merah atau gula melaka secukupnya (bubuh lebih sikit)
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Tumbuk/kisar bahan-bahan bertanda *. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap semalaman.

    open-uri20151010-29872-19w44d7
  2. Sebelum dibakar/panggang, gaulkan ayam bersama 2 sudu makan minyak zaitun, jika suka. Sekiranya menggunakan oven, bakar/panggang pd suhu 190-200C selama 1 jam. Terbalikkan ayam 1/2 jam sebelum masak.

  3. Untuk sambal cili/sos cili : satukan 3-4 sudu besar cili kering kisar (anggaran), 2 ulas bawang putih (ditumbuk lumat), air asam jawa (ikut sukatan sendiri) garam dan gula secukupnya di dalam periuk dan masak selama 3-5 minit. Tambah air panas jika perlu.

    data.jpeg
  4. Hidangkan. Sesuai utk majlis harijadi/BBQ dan sebagainya.

    data.jpeg
  5. ****utk info: kalau ikut yang original, sambal cili ni x payah dimasak. Hanya blend shj.