Resepi Murtabak Segera

 Dihantar Oleh Pada 26 December, 2006
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6 keping
Description

sgt mudah disediakan..

Share:
Bahan-bahan
  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 2 sudu kecil garam
  • kulit popia
  • 2 biji telur
  • 1 biji bawang cincang
Cara-cara
  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.

  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.

  3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.

    open-uri20151010-29872-wus5tz
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. masukkan bawang cincang. kacau sehingga sebati.

    open-uri20151010-29872-16gj4c2
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.

  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

    open-uri20151010-29872-1b1umbb
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua