Dihantar Oleh Pada 25 December, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 orang
Description

Sekejap je buat..resepi sendiri.. Gambar dari laporan masakan.

Share:
Bahan-bahan
  • 4 tongkol/batang jagung manis - diambil isinya
  • 5-6 sudu besar gula (ikut manis)
  • 1 mangkuk kecil santan pekat
  • 1- 1 1/2 mangkuk kecil air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 1/4 sudu teh garam (jika suka)
  • Segenggam sagu - dibilas dan toskan (jika suka)
Cara-cara
  1. Isi jagung dibersihkan dan direbus dengan air lebih kurang 8-10 minit (jagung ni cepat masak).

  2. Kemudian masukkan gula, santan, daun pandan, garam dan sagu. Biar mendidih dan masak.

  3. Nota: Bubur ni berwarna putih. Bagi mereka yang suka warna bolehlah menggunakan sagu yg berwarna yang terdapat di pasaraya. Nampak menarik sikit, hehe..