Resepi ?Crispy Onion Ringsâ„¢

 Dihantar Oleh Pada 25 March, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 orang
Description

sedap dimakan panas2 dan cicah cili sos..

Share:
Bahan-bahan
  • 2 biji bawang besar
  • 7 sb tepung gandum
  • 2 sb tepung jagung
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/2 sk gula halus
  • garam secukup rasa
  • serbuk lada sulah/hitam secukup rasa
  • 1/4 sk serbuk cili
  • 1 biji telur
  • 125 ml susu segar
  • minyak masak secukupnya untuk goreng terendam
Cara-cara
  1. Bawang besar dikupas kulit dan hiris bulat setebal 1 cm. dan leraikan menjadi gegelang.Gunakan Bawang besar seperti dlm gmbr....biase dipanggil bawang jepun..

    open-uri20151010-29872-g4v963
  2. Satukan kesemua bahan2 kering di dalam mangkuk dan kacau rata.

    open-uri20151010-29872-be5kau
  3. Satukan susu dan telur di dalam mangkuk berasingan dan kacau sedikit.

    open-uri20151010-29872-u5ueqo
  4. Tuangkan campuran susu ke dalam adunan tepung dan kacau hingga sebati.

    open-uri20151010-29872-ankw4n
  5. Panaskan minyak di dalam kuali.Celupkan bawang kedalam adunan tepung dan goreng hingga kuning keemasan.Jangan goreng terlalu banyak bawang supaya mudah untuk dibalik2kan.

    open-uri20151010-29872-1sfl9pj
  6. Angkat dan toskan di atas kertas serap minyak.Hidangkan ketika panas2 lagi.

    open-uri20151010-29872-b4s0gd