Dihantar Oleh Pada 25 March, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 25 keping
Description

Kuih ni favourite masa kecil sampai sekarang. Jarang jumpa org jual kuih ni.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 peket Tepung Pulut (500grm)
  • 1 biji Kelapa Parut (guna yg putih & muda)
  • Sedikit garam
  • 2 cawan air
  • Bahan-bahan untuk Sira Gula :
  • 1/2 cawan Air
  • 1/2 cawan Gula
  • Minyak untuk mengoreng
Cara-cara
  1. Satukan Tepung pulut dan kelapa parut.

  2. Campurkan air dengan garam

  3. Masukan campuran air garam ke dalam mangkuk tepung dan kelapa tadi

  4. Uli sehingga sebati dan menjadi doh, jgn lembik sangat/ keras sangat.

  5. Ambil sedikit doh, gentel memanjang dan leperkan.

  6. Goreng dengan api yang sederhana.

  7. Cara untuk buat sira, campurkan Air dan gula di dalam kuali. biar pekat baru masukkan kuih tadi dan gaul rata.

  8. Matikan api dan biarkan kuih tadi kering sedikit dan siap untuk dihidang.

Resipi berkaitanLihat Semua