Dihantar Oleh Pada 24 March, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: sukatan untuk satu mangkuk besar
Description

Kebetulan tgk TV, ada rancangan Rubiah Suparman punya lompat tikam stail. Memang dah lama cari sukatan yang betul untuk buat kuih ni...

Share:
Bahan-bahan
  • Lapisan bawah:
  • 4 cwn air daun pandan (boleh tambah pewarna hijau)
  • 1 cwn tepung beras
  • 1 sudu besar air kapur
  • Lapisan atas:
  • 4 cwn santan
  • 1/2 cwn tepung beras
  • garam secukup rasa
  • Air gula:
  • Gula melaka/nisan
  • Air
  • daun pandan
Cara-cara
  1. Masukkan air, tepung beras dan air kapur dalam kuali. Masak/kacau sehingga adunan pekat dan berkilat.

  2. Setelah masak, tuangkan di dalam mangkuk. Biarkan.

  3. Kemudian buat lapisan atas, campurkan semua bahan untuk lapisan atas. Masak/kacau hingga pekat. Tak perlu masak lama untuk lapisan atas ini takut keras kalau masak terlalu lama. Bila sudah nampak pekat, bolehlah angkat dan tuang ke dalam mangkuk tadi.

  4. sudah siap bolehlah simpan di dalam peti ais.

  5. untuk air gula, masukkan semua bahan. Masak hingga gula hancur. Saya lebih suka jika air gula tu pekat sedikit.

  6. Selesai..... bolehlah makan....

Resipi berkaitanLihat Semua
Komen