Resepi Kek Aiskrim Strawberry

 Dihantar Oleh Pada 24 March, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: sekeluarga
Description

Sesuai untuk harijadi anak2... mudah jer

Share:
Bahan-bahan
  • BAHAN KEK SPAN*
  • 375 gm Tepung Span Mix
  • 75 gm Air atau Susu Segar
  • 375 gm Telur
  • 1 sudu teh Perasa Vanila
  • 90 gm Minyak Jagung (atau Butter yang dicairkan)
  • BAHAN AIS-KRIM*
  • 3 Biji Telur Kuning
  • 150 gm Susu Segar
  • 30 gm Gula Kastor
  • 150 gm Strawberry Pes (ada jual di kedai bakeri)
  • 300 gm Fresh Cream
Cara-cara
  1. CARA BUAT KEK SPAN*

  2. Putar semua bahan untuk buat kek kecuali minyak jagung, sehingga kembang (dalam 10 minit)

  3. Apabila kembang masukkan minyak sikit2 sambil dikacau menggunakan wisk. kacau sehingga betul2 sebati.

  4. Tuang dalam loyang kek 9" yang dialas dengan kertas minyak. Dengan suhu 175c bakar serlama 45 minit.

  5. CARA BUAT AIS-KRIM*

  6. Masak telur kuning, susu segar dan gula kastor sehingga pekat sedikit dan sejukkan.

  7. Putar Fresh Cream sehingga kental, dan masukkan kedalam bahan yang dimasak tadi

  8. Masukkan juga straberry pes dan kacau sehingga sebati dengan menggunkkan wisk.

  9. CARA NAK BENTUKKAN KEK*

  10. Boleh buat berapa lapis yang kita suka. jika suka ais-krim 2 lapis potong kek kepada 3 lapis.

  11. Masukkan lapisan bawah iaitu kek dalam loyang sepadan, kemudian ratakan ais-krim, lapisan kek semula, ais-krim dan atas sekali adalah lapisan kek.

    open-uri20151010-29872-1e2j51v
  12. Simpan kek dalam peti beku lebih kurang 3 jam, tutup dgn plastik wrap. lepas tu boleh di hias dengan butter cream atau fresh cream... sedap tau hehe...

    open-uri20151010-29872-t3dxwd
Tags 
  •   kek