Resepi Pankek Student

 Dihantar Oleh Pada 23 March, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 10 biji bole kot..
Description

Kepada rakan-rakan seperjuangan, rajin-rajinlah buat sarapan sendiri!! Makan dekat cafe mahai sgt.. adoi laaa...

Share:
Bahan-bahan
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji telur ayam
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan air sejuk
  • 2 sudu besar butter dicairkan
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
  1. Gula dan telur dipukul hingga kembang. Masukkan susu dan air. Kacau rata.

  2. Masukkan garam dan butter cair. Kacau lagi hingga sebati.

  3. Masukkan tepong sedikit demi sedikit hingga habis. Kacau lagi. Masukkan baking powder dan kacau hingga rata. Kalau berbentil kacau la lagi sampai tak berbentil.

  4. Akhir sekali masukkan esen vanilla. Kacau lagi. Masak atas pan..

  5. Selamat mencuba!!

Resipi berkaitanLihat Semua