Dihantar Oleh Pada 23 December, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6-8 orang
Description

Roti nak luput jangan biarkan terbuang... sesuai untuk sarapan atau minuman petang...

Share:
Bahan-bahan
  • 3 biji kentang dipotong dadu
  • 500gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 12-14 keping roti
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telur
  • Secubit garam
  • Parutan keju (banyak ikut suka)
  • Sedikit marjerin untuk melenser
Cara-cara
  1. Kisar bawang merah + bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang + kentang + garam.

    open-uri20151010-29872-1g69siu
  2. Satukan susu + telur + secubit garam.

    data.jpeg
  3. Pukul susu + telur + garam hingga sebati.

    data.jpeg
  4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi.

    open-uri20151010-29872-1o2zkfk
  5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi.

    open-uri20151010-29872-1uwl70f
  6. Lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah diramas.

    open-uri20151010-29872-1cdi6ll
  7. Kemudian letakkan separuh daripada daging + kentang yang telah dimasak tadi atas lapisan roti.

    open-uri20151010-29872-1qrh1z5
  8. Ulangi proses dengan meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging + kentang dan di lapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti.

    open-uri20151010-29872-18pikl6
  9. Taburkan parutan keju (banyak ikut suka).

    open-uri20151010-29872-1niare5
  10. Bakar dengan api sederhana selama 30-45 minit atau sampai lidi tak lekat.

    open-uri20151010-29872-hkav3
  11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.

    open-uri20151010-29872-119ss8n
  12. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos.

    open-uri20151010-29872-1w89egu