Resepi ?Maruku Bijanâ„¢

 Dihantar Oleh Pada 22 March, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 500 - 600 grms
Description

sedap dimakan bila2 masa...sesuai juga dijadikan kudapan pd hari2 lebaran...

Share:
Bahan-bahan
  • 300 g tepung beras (cap gajah)=(3 cwn rata)
  • 300 g tepung pulut = (3 cwn rata)
  • 185 g mentega = (3/4 buku + 1 sb rata)
  • 25 g jintan putih/halus = (4 sb rata )
  • 100 g bijan = (10 sb rata)
  • 1 sk serbuk lada putih
  • 1-2 sk serbuk cili
  • 750 ml air dicampur 1/2 sk garam
  • minyak masak secukupnya untuk goreng terendam
  • acuan maruku yang berbunga bintang
Cara-cara
  1. Di dalam sebuah bekas yang besar,gaul rata tepung2,mentega,jintan,bijan,serbuk lada dan serbuk cili hingga menjadi abuk roti.

    open-uri20151010-29872-1dl4mf4
  2. Buatkan lubang di tengah2 dan tuangkan campuran air garam sedikit2 sambil diuli hingga menjadi adunan doh yang lembut dan tak melekit,supaya mudah ditekan apabila menggoreng.(air garam dlm adunan tk pernah habis klau akak buat maruku ni,gunakan setakat doh lembut...dah ok)

    open-uri20151010-29872-1f0wg3l
  3. Panaskan minyak di dalam kuali.Bubuh secukup adunan di dalam acuan dan tekan adunan mengikut lingkaran bulat terus ke dalam kuali.Biarkan seketika dan balikkan dan goreng hingga perang.

    open-uri20151010-29872-1i4c42g
  4. Atau dgn cara yg lagi satu...tekan adunan lingkaran bulat di atas piring dahulu...

    open-uri20151010-29872-tcp2bj
  5. Balikkan di atas tapak tangan dan perlahan2 masukkan ke dalam kuali dan goreng hingga masak keperangan.

    open-uri20151010-29872-1rsqves
  6. Angkat maruku dan toskan di atas kertas serap minyak dan sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

    open-uri20151010-29872-1ey9qur
  7. contoh acuan ada di glossary...http://www.myresipi.com/top/glossary/282

  8. ***atau boleh jugak guna acuan atau penerap kuih seperti ini...

    open-uri20151010-29872-1fsfsfe
  9. kalau menggunakan piping bag pastikan guna nozle bintang jugak...

    open-uri20151010-29872-1vqhfjk
  10. boleh juga dipicit terus kedalam minyak panas...tapi mesti berhati2...

    open-uri20151010-29872-c7ydqh
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua