Resepi Ayam Masak Kurma

 Dihantar Oleh Pada 19 March, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Resepi dari Datin Syuriani (Isteri Datuk Shafie Apdal). Ambik dari majalah. Best...

Share:
Bahan-bahan
  • Ayam setengah ekor
  • 7 biji bwg merah
  • 5 ulas bwg putih
  • 2 biji bwg besar
  • Penumis (bunga lawang, buah pelaga, kayu manis & bunga cengkih)
  • Serbuk kurma adabi
  • Serai
  • Santan
  • Minyak untuk menumis
  • Cili hijau @ merah
  • Tomato
  • 4 biji buah keras (ditumbuk)
Cara-cara
  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar (bwg merah, bwg putih ) dan rempah ratus hingga naik bau.

  2. Masukkan serbuk kurma dan buah keras.

  3. Masukkan serai, kentang, bawang besar dan ayam.

  4. Masukkan sedikit air dan garam.

  5. Tunggu sehingga ayam dan kentang sedikit empuk, barulah masukkan santan.

  6. Lastly,..masukkan tomato dan cili hijau @ merah.

Tags 
  •   ayam