Resepi Acar Limau Nipis

 Dihantar Oleh Pada 17 March, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 10-15 orang
Description

Perlukan persediaan selama sebulan. Ambil limau nipis,belah 4 jangan putus. Rendam dalam air panas mendidih selama 40 minit. Gaulkan dengan garam kasar.Perap selama sebulan.

Share:
Bahan-bahan
  • 5 biji limau nipis jeruk
  • 10 gm serbuk kari
  • 10 gm serbuk cili
  • 10 gm buah prune
  • 1 sudu besar rempah campur (biji sawi,halba,ketumbar,jintan manis dan jintan putih. Beli kat kedai India @ kat Giant)
  • 10 tangkai cili padi
  • gula dan garam
  • 10 ulas bawang merah - hiris kasar
  • 10 ulas bawang putih - hiris kasar
  • 3 cm halia - hiris kasar
Cara-cara
  1. 1. Untuk sambalnya,tumiskan bahan hiris hingga naik bau bersama rempah campur

  2. Kemudian masukkan serbuk cili dan serbuk kari.Tumis hingga naik bau dan pecah minyak

  3. Masukkan buah prune,cili padi,jeruk limau,garam dan gula.Kacau sebati.Angkat.

Resipi berkaitanLihat Semua
Komen