Resepi Kacang Goreng Bawang Putih

 Dihantar Oleh Pada 17 March, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: -
Description

peberet kacang

Share:
Bahan-bahan
  • 500gm kacang tanpa kulit
  • 15-20 ulas bawang putih (diblender dengan sedikit air dan sedikit garam) - masin ikut selera sedirik la yer...
  • 20 ulas bawang putih (dihiris) - banyak pon boleh, suka hati.
  • Segenggam ikan bilis (kalau suka)
  • Air
  • Minyak
Cara-cara
  1. Didihkan air didalam periuk. Bila dah didih tutup api dan tuangkan kacang. Biarkan selama 3-4minit pastu toskan.

  2. Gaul kacang dengan bawang putih yang diblender tadi. Perap setengah jam.

  3. Panaskan minyak. Goreng kacang tadik sehingga hampir kekuningan kemudian masukkan bawang putih yang dihiris dan ikan bilis sehingga bawang putih/ikan bilis garing dan kacang masak. (Kalo takut kacang/ikan bilis/bawang putih hangus boleh goreng asing)

  4. Bila dah masak toskan dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk bolehlah dimasukkan dalam balang kedap udara. Selamat untuk dimakan...