Dihantar Oleh Pada 16 March, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Ikut berapa byk yg dibungkus
Description

Boleh buat mee sup wantan atau makan dengan nasi.

Share:
Bahan-bahan
  • Kulit wantan secukupnya
  • 1 liter stok ayam (air rebusan ayam atau guna kiub ayam je)
  • Bahan Inti:
  • 200g isi ayam, dicincang
  • 100g isi udang, dicincang
  • 50g water chestnut atau sengkuang cina, dicincang halus
  • 1 sb lobak merah, dicincang halus
  • 1 sb daun bawang dicincang
  • 1 1/2 sb kicap cair
  • 1 1/4 sk garam
  • 1/4 sk gula
  • Secubit serbuk lada putih
  • 1/2 sk minyak bijan
  • 1 sk tepung jagung
  • 1 biji kuning telur
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan inti dan perap 30 miin.

  2. Masukkan 1 sudu inti di tengah2 kulit wantan, letak sedikit air di sekeliling kulit dan kepil.

    open-uri20151010-29872-1ikopvs
  3. Lipat segitiga.

    open-uri20151010-29872-1oqg4m7
  4. Kepil dari tepi.

    open-uri20151010-29872-15vbf4v
  5. Buat hingga habis

    open-uri20151010-29872-qikvi0
  6. Tekan-tekan sikit pada bahagian lipatan.

    open-uri20151010-29872-1tur771
  7. Siap untuk direbus.

    open-uri20151010-29872-1o3l0ju
  8. Stok ayam dibubuh perasa secukupnya dengan garam, serbuk lada putih dan masukkan wantan dan masak hingga lembut. Boleh juga masukkan sayur sawi atau bak choy dan cendawan hiris. Akhir sekali tabur dengan daun bawang dan bawang goreng.

  9. **Wantan boleh juga digoreng seperti popiah.