Dihantar Oleh Pada 15 March, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: saiz kek 20cm
Description

Resepi yang mudah bagi minum petang. Menambahkan koleksi resipi kek pelangi.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila
  • 2 tsp serbuk koko
  • sedikit pewarna hijau dan merah
Cara-cara
  1. Pukul gula halus dan mentega hingga kembang.

  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.

  3. Masukkan esen vanila dan baking powder dan kacau hingga sebati.

  4. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.

  5. Asingkan kepada 4 bahagian. Biarkan satu bahagian dan tambah pewarna hijau, merah dan serbuk koko kepada 3 bahagian masing-masing.

  6. Tuang setiap bahagian berselang seli ke dalam loyang pembakar berdiameter 20cm yang telah dilenser dengan mentega.

  7. Bakar pada suhu 150-180 darjah celcius mengikut kesesuaian oven masing selama 35 minit atau hingga masak.

Resipi berkaitanLihat Semua