Dihantar Oleh Pada 21 December, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 orang
Description

Resepi rekaan sendiri, untuk makan sendiri.

Share:
Bahan-bahan
  • 200 gm makaroni
  • 1/4 ekor ayam - dipotong kecil
  • Perencah sup - mengikut kegemaran, saya guna perencah mee sup Adabi
  • Sayur-sayuran seperti lobak merah, jagung muda, saderi, bunga kobis
  • Daun sup dan bawang goreng
Cara-cara
  1. Bersihkan ayam dan rebus di dalam periuk - kuantiti air adalah mengikut citarasa.

  2. Bersihkan dan potong sayur mengikut citarasa.

  3. Masukkan perencah sup dan lobak merah ke dalam rebusan ayam apabila telah mendidih.

  4. Masukkan pula makaroni ke dalam periuk.

  5. Apabila makaroni sudah agak lembut, masukkan sayuran yang lain.

  6. Apabila sayur telah lembut, boleh la dimatikan api. Tabur daun sup dan bawang goreng. Tambahkan garam, jika perlu.

  7. Nota: sup ini memerlukan banyak air kerana makaroni akan menyerap air. Selalunya orang akan merebus makaroni berasingan, tetapi dengan cara memasukkan makaroni ke dalam sup akan menambah perisa kepada makaroni tersebut.