Dihantar Oleh Pada 21 December, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 12-16 biji
Description

Sedap, rasa macam kat warung.

Share:
Bahan-bahan
  • 550gm tepung gandum
  • *250gm air
  • *1 biji telur -50gm
  • *3 sudu besar susu pekat manis - 60gm
  • *1 sudu teh garam - 6gm
  • *1 sudu teh mentega/marjerin - 15gm
  • 1-2 sudu besar tepung gandum - untuk ditambah kalau terlebih lembik semasa menguli
Cara-cara
  1. Masukkan bahan * ke dalam bekas, kacau hingga sebati.

  2. Masukkan bancuhan air tadi ke dalam tepung.

  3. Uli hingga jadi doh.

  4. Rehatkan doh selama 10 minit.

  5. Uli lagi selama 5 minit.

  6. **ulang langkah 4 & 5 sebanyak 3 kali.** Perhatian: selepas kali ke 3 proses menguli & rehat, doh akan bertambah kenyal dan tak melekat. Jadi jangan risau kalau proses yang pertama terasa doh melekat di tangan. Kalau ranya lembik lagi selepas kali kedua menguli & rehat, tambah sedikit tepung (dalam 1 sudu besar).

  7. Uli guna tangan, tapi kalau nak pakai mesin 'breadmaker' pun boleh. Untuk mesin, ikut langkah 1,2,3 di atas. Masukkan dalam mesin, programkan ke 'basic bread'..biarkan proses selama 1 jam 15 minit. Selalunya doh lembik skit sebab suhu 'breadmaker'. Masa mesin berhenti seketika ('pause'), keluarkan doh, uli sekejap dengan sedikit tepung. Kemudian, masukkan balik dalam mesin.

  8. Bentuk bulat-bulat (anggaran 12-16 biji bergantung pada saiz). Perap selama 3 jam atau lebih dan boleh ditebar atau di tarik-tarik.

  9. *Jika tak habis tebar, boleh simpan dalam peti ais sehingga ke 2 hari.

  10. *Tips: kalau terlebih uli, doh akan kenyal dan susah nak tebar. Bila masak roti akan kenyal. Itulah sebabnya proses uli, rehat, diulang 3 kali.

  11. *Untuk komen dari skyblue dan yani: saya dah kemaskini jumlah air kepada 250gm. Doh roti canai ni memang keras berbanding dengan doh roti biasa. Tetapi, jangan risau, selepas diperap , doh akan lembut sebab kalau terlalu lembik, nanti bila nak tebar, akan koyak. Kalau tak tau tebar, boleh la tarik, nipis-nipis...

  12. Lupa nak cakap. Masa lepas dibulat-bulatkan, hendaklah disapu dengan marjerin, kemudian baru simpan..dan masa nak tebar pulak, hendaklah di penyek-penyek dulu sebesar tapak tangan, kemudian rehatkan selama 10 minit, boleh buat banyak-banyak, lepas tu barulah di penyek besar-besar untuk proses tebar.