Dihantar Oleh Pada 21 December, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: dalam 60-70 cawan mini cookies
Description

Mudah, murah dan kesukaan kanak-kanak - resepi minta dari adik! Anak-anak sekali hadap sambil tengok TV dah habis...

Share:
Bahan-bahan
  • 250gm emping jagung/cornflakes (kotak kecil)
  • 125gm mentega (1/2 buku)
  • 1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)
  • 5 sudu makan madu (saya guna 'golden syrup' masa ni sebab tak ada madu)
  • Manik warna warni untuk hiasan
Cara-cara
  1. Campurkan mentega dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama mentega.

    open-uri20151010-29872-1wah905
  2. (Saya terlebih rajin, jadi masuk oven je dalam masa 2-3 minit tapi kena kacau setiap minit)

    data.jpeg
  3. Masukkan emping/cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu.

    open-uri20151010-29872-hy4bq4
  4. Aduk sampai rata.

    open-uri20151010-29872-j7e4ax
  5. Masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selama 10-15 minit atau sampai dasar kekuningan (sekejap saja tau).

    open-uri20151010-29872-l89cee