Resepi Kuey Teow Ladna

 Dihantar Oleh Pada 20 December, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 org
Description

Kesukaan suami.

Share:
Bahan-bahan
  • Kuey teow
  • 3 ulas bawang putih dicincang kecil-kecil
  • 2 sudu minyak
  • 2 sudu sos tiram
  • Sekeping dada ayam
  • Lobak merah
  • Kobis bunga
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Cili padi
  • Kobis
  • Air
  • Garam dan secubit Ajinomoto
Cara-cara
  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga kuning. Masukkan ayam yang dipotong kecil-kecil.

  2. Bila ayam dah masak, masukkan sos tiram. Goreng seketika. Masukkan air mengikut keperluan.

  3. Masukkan lobak merah terlebih dahulu.

  4. Bila dah nak mendidih masukkan kobis bunga, cili padi, kobis, garam dan Ajinomoto. Masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah.

  5. Setelah kuah mendidih bolehlah dihidang bersama kuey teow.