Dihantar Oleh Pada 20 December, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4-6 orang
Description

Tak payah beratur kat pasar malam... boleh buat sarapan atau minuman petang...

Share:
Bahan-bahan
  • 250gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • Sedikit garam
  • 3 biji telur
  • Sedikit mentega
  • 6 keping roti 'finger rolls' (yang pandai buat roti boleh buat sendiri... saya tak pandailah...)
  • Sos dan mayonis (jika suka)
Cara-cara
  1. Kisar bawang dan bawang putih.

  2. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar dan masukkan serbuk kari.

  3. Masukkan daging cincang dan letakkan garam secukupnya hingga masak.

    open-uri20151010-29872-w999y2
  4. Belah dua roti jangan sampai putus.

    open-uri20151010-29872-1raigw
  5. Masukkan telur dalam daging cincang.

    open-uri20151010-29872-1p9wis8
  6. Pukul sebentar telur dan daging.

    open-uri20151010-29872-1cz2syb
  7. Panaskan mentega dalam kuali.

    open-uri20151010-29872-hxy8fe
  8. Sapukan adunan telur dan daging tadi di atas roti.

    open-uri20151010-29872-1c4mfsy
  9. Terlangkupkan atas kuali.

    data.jpeg
  10. Terbalikkan adunan jika telah masak dan biarkan sebentar.

    open-uri20151010-29872-1fh4pah
  11. Angkat setelah bahagian bawah sudah sedikit garing.

    open-uri20151010-29872-1orryc1
  12. Hiaskan dengan sos dan mayonis jika suka.

    open-uri20151010-29872-8459xx