Resepi Sup Ketam

 Dihantar Oleh Pada 18 February, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2~3 orang
Description

ubahsuai dari resipi sup ayam bagi mevariasi hidangan lauk pauk untuk si kecil dan dewasa juga

Share:
Bahan-bahan
  • BAHAN A
  • 3 ulas bawang merah dimayang
  • 2 ulas bawang putih dimayang
  • 1 inch halia diketuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 biji cengkih (optional)
  • -----------------------------------------
  • 2 ekor ketam (dibersih dan dipotong 2)
  • 2 biji kentang dipotong ikut suka
  • 1/2 batang lobak merah dipotong memanjang (optional)
  • 2 batang daun saderi (optional)
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 sb serbuk lada putih
  • 4 cawan air
  • garam/gula secukup rasa
  • daun bawang/sup
Cara-cara
  1. Tumis bahan A hingga wangi.Masukkan air, sup bunjut dan kentang.Masak hingga mendidih dan kentang empuk.

  2. Masukkan lobak merah, daun saderi dan ketam.Perasakan dengan lada putih, secubit garam dan gula.

  3. Kacau seketika atau hingga ketam masak.Tutup api.Masukkan daun sup dan bawang yang dipotong

  4. Sedia dihidang bersama nasi putih.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua