Resepi Nasi Dagang Terengganu

 Dihantar Oleh Pada 19 December, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5-6 orang
Description

Resepi daripada mak

Share:
Bahan-bahan
  • **NASI**
  • 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
  • 1/2 tin santan
  • Garam dan gula
  • 1 sudu besar halba
  • Bawang dan halia (hiris halus)
  • Air
  • **GULAI IKAN TONGKOL**
  • 1 tin santan
  • 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 2 cm halia, 4 cm lengkuas - dikisar
  • 15-20 tangkai cili kering
  • 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
  • 6 keping asam keping
  • Garam dan secubit Ajinomoto
  • Gula
  • 5-6 biji cili padi
  • 1 ekor ikan tongkol
  • 1 cm belacan
  • **ACAR**
  • 2 batang timun
  • 1 batang lobak merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 biji lada besar
  • Cuka, garam, gula
Cara-cara
  1. NASI: Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dalam bekas. Masukkan gula dan santan yang dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.

  2. GULAI IKAN TONGKOL: Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dengan api yang perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dengan 1 liter air. Masak santan tersebut dengan api yang perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. Kemudian masukkan bahan-bahan yang di kisar ke dalam santan. Cili kering dikisar dan di tumis dengan minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah. Tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan (kalau tak tumis rempah pon tak apa. Ikut citarasa sendiri). Bahan tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, Ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yang direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.

    data.jpeg
  3. ACAR: Timun dan lobak dihiris panjang. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bahan tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.