Resepi Tart Coklat

 Dihantar Oleh Pada 19 December, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: dalam 100 keping
Description

Biskut tart yang emak pernah buat masa zaman sekolah dulu... memang kesukaan kanak-kanak.

Share:
Bahan-bahan
  • 250 gm (1 buku) mentega
  • 1 cawan gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Tepung gandum secukup adunan
  • 125gm coklat masakan
  • 25gm lemak sayuran
  • 25gm mentega/marjerin
  • 2 sudu makan susu segar
Cara-cara
  1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati.

  2. Masukkan esen vanila serta telur dan kacau hingga sebati.

  3. Masukkan tepung sedikit-sedikit sehingga ia menjadi doh (sehingga adunan tak lekat di mangkuk).

    data.jpeg
  4. Canai adunan agak-agak ketebalannya.

    open-uri20151010-29872-8t8ytz
  5. Terap menggunakan acuan kuih tat.

    open-uri20151010-29872-mxtxkn
  6. Bakar selama lebih kurang 20 minit atau hingga kekuningan.

  7. Sementara tat sejuk, masukkan semua bahan dalam mangkuk.

    open-uri20151010-29872-1byly8s
  8. Masukkan ke dalam ketuhar selama 1 atau 2 minit.

    open-uri20151010-29872-mfhamv
  9. Keluarkan dari ketuhar dan kacau hingga sebati.

    open-uri20151010-29872-u4um3i
  10. Ambil sedikit coklat yang telah cair dan letakkan ke atas tat yang telah sejuk.

  11. Boleh dihiaskan dengan manik jika suka.

    open-uri20151010-29872-nlmx60
  12. Acuan ni ada 2 jenis bergigi atas bawah, jadi boleh pilih nak guna yang mana...

    data.jpeg
  13. Ni rupa acuan tat nya...

    data.jpeg