Resepi Kari Ikan Tongkol

 Dihantar Oleh Pada 12 February, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 - 4 org
Description

resipi ibuku

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan tongkol(saiz sederhana)
  • 1 bawang besar }
  • 3 bawang putih } di hiris
  • 2 lada hijau - dibelah tengah
  • 4 - 5 helai daun kari
  • 5 biji bendi
  • 2 sdb rempah kari ikan Adabi} campur sikit
  • 1 sdt serbuk kunyit } air hingga jadi paste
  • 2 sdb air asam jawa
  • 2 sdb santan Kara
  • 1/2 sdt stok ikan bilis knorr
  • garam
Cara-cara
  1. panaskan minyak lalu tumiskan bawang besar & bawang putih yg dihiris bersama halba campur dan daun kari.

  2. setelah naik bau tambahkan campuran paste rempah kari ikan & serbuk kunyit hingga pecah minyak.

  3. tambahkan air. setelah kuah mendidih masukkan ikan tongkol.

  4. selepas 5 minit, tambahkan bendi,air asam jawa, santan, stok ikan bilis dan garam.

  5. setelah bendi empuk tutup api. Siap di hidang.

Tags 
  •   ikan
  • Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua