Dihantar Oleh Pada 11 February, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3 - 4 orang makan
Description

resepi yang teramat mudah. balik kerja boleh buat untuk dinner.

Share:
Bahan-bahan
  • 1/2 biji bawang besar - yang warna kuning tu
  • 1/2 batang lobak putih
  • 2-3 pokok daun bawang
  • 1/2 sudu makan lada sulah
  • garam, gula secukupnya
  • 1 ekor ikan kerapu size kecil
  • 2 inci halia
Cara-cara
  1. Panaskan steamer. Bersihkan ikan. Letak dalam bekas tahan panas.

  2. Lobak putih di buang kulit dengan menggunakan peeler. Potong bulat-bulat. Masukkan dalam bekas ikan tadi. Letak di sekeliling ikan dan atas ikan.

  3. Bersihkan bahan lain. Potong bawang ,halia dan daun bawang. Masukkan semuanya dalam bekas ikan tadi.

  4. Masukkan lada sulah, garam dan gula dalam bekas ikan tadi.

  5. Masukkan bekas dalam steamer. Tutup. Biarkan selama 35minit. Buka untuk lihat ikan dah masak ke belum. Kalau belum kukus sekejap lagi.

  6. Selamat Mencuba!

Tags 
  •   ikan
  • Komen