Sambal Terung

Resepi Sambal Terung

 Dihantar Oleh Pada 11 February, 2009
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3 - 4 orang
Description

Ini merupakan resepi dari arwah nenek saya. Ia sedap dimakan dengan nasi panas. Terung boleh diganti dengan bendi tapi tidak perlu digoreng terlebih dulu

Share:
Bahan-bahan
  • 4 biji terung ungu bulat
  • 6 - 8 biji cili kering - rendam dalam air panas
  • 4 biji bwg merah dan 2 ulas bwg putih
  • sedikit belacan
  • 2 sudu besar udang kering atau ikan bilis - direndam
  • air asam jawa secukup rasa
  • garam, gula dan sedikit kicap manis secukup rasa
Cara-cara
  1. Terung dicuci dan dihiris setebal 1cm. Goreng dgn minyak byk sehingga kekuningan dan lembut

  2. Bila dah kuning/perang, angkat dan toskan

  3. Cili kering, belacan, bawang dan udang kering ditumbuk hingga lumat

  4. Tumis cili yang telah ditumbuk sehingga agak garing, masukkan air asam jawa, gula dan garam. Kemudian masukan terung.

  5. Masukkan sedikit kicap manis, balik2kan dan angkat. Jangan masak terlalu lama sebab terung dah masak.

Laporan MasakanLihat Semua (0)
Resipi berkaitanLihat Semua
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua