Resepi Sambal Tumis Sotong Kering

 Dihantar Oleh Pada 10 February, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3 orang
Description

sambal tumis yang tak memerlukan belacan

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ekor sotong kering - di rendam dengan soda bikarbonat semalaman
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 1/2 sudu makan cili kering yang dah siap di blender
  • sedikit air asam jawa
  • garam & gula secukup nya
  • minyak masak untuk menumis
Cara-cara
  1. Bersihkan sotong. Potong panjang-panjang.

    open-uri20151010-29872-1y971mi
  2. 1/2 biji bawang besar dipotong dua. Ambil satu bahagian untuk diblender dengan 2 ulas bawang putih dan sedikit air.

    open-uri20151010-29872-1xuk6b1
  3. Panaskan minyak dalam periuk kecil atau kuali. Tumis bahan blender dan cili blender sampai naik bau.

    open-uri20151010-29872-e84rv8
  4. Bila bahan tumisan dah agak kering dan pekat, masukkan sotong dan sebahagian lagi bawang tadi yang dipotong melintang.

    open-uri20151010-29872-1q4ppka
  5. Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih. Biarkan kuah kering dan pekat. Sebelum tutup api, masukkan garam dan gula mengikut citarasa anda.

  6. Siap untuk dihidangkan.

    open-uri20151010-29872-2tmq1
Komen