Dihantar Oleh Pada 09 February, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Loyang 30cm
Description

Kuih lama yg yg tak menjemukan..

Share:
Bahan-bahan
  • Bahagian bawah
  • 2 1/2 cawan tepong gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 1/2 cawan air gula merah ( 1/2 kilo gula merah + 2 cwn air - dimasak-sejukan dan ambil secukupnya utk kegunaan )
  • 4 cawan santan cair
  • Bahagian atas
  • 4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
  • 1 1/2 cawan tepong gandum
  • 2 sudu kecil garam ( mama guna sudu KFC ) ( bolih di kurangkan )
  • ATAU
  • 1 cawan tepung beras ( cap bunga teratai )
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
  • 2 sudu kecil garam halus ( sudu KFC )
Cara-cara
  1. Panaskan air kukusan terlebih dahulu

  2. Satukan adunan bahagian bawah. Tapis kedalam loyang dan kukus selama 20 minit atau sampai nampak keras sikit. Buka kukusan.

  3. Kalau masih ada air diatasnya di sebabkan masuk wap, lap dengan tisu sampai kering.

  4. Sediakan adunan bahagian atas. Untuk bahagian ini, jangan dikisar. Sebab bila masak nanti kuihnya tak cantik dan merekah bahagian atasnya. Cukup kacau menggunakan pemukul telur sahaja.

  5. Membancuhnya sekadar guna pemukul telor biasa. Bila dah sebati, tapis dan tuang keatas bahagian bawah yang dah masak tadi.

  6. Kukus selama 1/2 jam. Buka penutup kukusan, biarkan selama 10 minit. Petua bagi mengeringkan air di atas pemukaan kuih yang di sebabkan wap. Jika masih ada kesan wap, lap dengan tisu dapur.

  7. Tutup api, angkat kuih dan sejukan.

  8. Potong ikut citarasa sendiri..nnn ngappp..