Resepi Sos Lada Hitam (Black Pepper Sauce)

 Dihantar Oleh Pada 19 December, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: ramai org boleh cicah
Description

Resepi dari kakak ipar yang pernah duduk US..sedap di makan dengan chicken chop, kentang goreng, nugget, bebola.

Share:
Bahan-bahan
  • 2 sudu mentega
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • Sebiji bawang besar (potong dadu)
  • Sebiji tomato (potong dadu)
  • Seketul kiub ayam Knors
  • 2 cawan air
  • Sedikit kicap pekat
  • Sedikit sos cili/sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu lada hitam (tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
  • Tepung jagung (jika perlu)
Cara-cara
  1. Cairkan mentega dengan api kecil.

  2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang.

  3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.

  4. Masukkan kiub ayam dan kacau.

  5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili (amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.

  6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN, jangan sampai hitam sangat, agak-agak kecoklatan dah cukup. Nanti tak cantik bila dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.

  7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau.

  8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa.

  9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.

  10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat. Apabila sejuk sos akan lebih likat.

  11. Boleh dihidangkan semasa panas. Ermmm sedap..