Dihantar Oleh Pada 04 February, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 hidangan
Description

Nak tambahkan lg koleksi masakan ikan. Kali ni ikan dimasak secara stim. Bagi penggemar masakan ini, silalah cuba yer...Pasti berbaloi...

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan segar (ape2 je jenis ikan yg digemari. dyg prefer ikan Red Dragon sb rasanya sedap, xde bau dan harga pun xlah mahal sgt)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1/2 inci halia (diketuk)
  • 1/2 inci lengkuas (diketuk)
  • 3 ulas bwg putih (diketuk)
  • 5-7 biji cili api (diketuk)
  • 1 sb sos tiram
  • 1/2 sb sos ikan
  • 4 sb jus limau campur (limau nipis + limau kasturi)
  • 4 sb susu cair
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 1 labu bwg besar (dihiris)
  • sedikit daun sup & daun bawang (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • sedikit garam
  • 1-1½ liter air
  • sedikit cendawan dan bunga kobis
  • 1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
Cara-cara
  1. Didihkan air di dalam kuali. Masukkan serai, bawang putih, halia, cili api dan lengkuas. Kemudian masukkan ikan. Gunakan api sederhana.

  2. Kemudian masukkan bawang besar, sos ikan, sos tiram, cili merah, cendawan, bunga kobis, daun sup dan daun bawang. Kacau dgn perlahan.

  3. Akhir sekali, masukkan susu cair, jus limau, garam, tepung jagung dan tomato. Biarkan merendidih seketika. Tutup api, dan hidangkan.