Dihantar Oleh Pada 03 February, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 50 biji (bergantung dgn saiz gula-gula)
Description

sesuai utk dijadikan hidangan sampingan waktu party...

Share:
Bahan-bahan
  • 2 cawan gula
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan gula
  • 1 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 2 1/2 cawan kacang tanah (yg sdh dibuang kulitnya)
  • 2 sudu besar butter
Cara-cara
  1. Bakar kacang tanah dlm oven bersuhu 150 celcius. Keluarkan apabila warna kacang dah berubah menjadi perang.

  2. 2 cawan gula dimasak bersama 1 cawan susu cair dalam pot yg besar. Kacau selalu.

  3. Dalam masa yang sama, 1 cawan gula dimasak dalam pot yang berlainan. Kacau menggunakan api yang kecil sehingga gula menjadi cair.

  4. Bila 1 cawan gula tadi dah cair, tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan no. 2. (kacau sewaktu menuang).

  5. Masukkan esen vanilla & butter. Masak perlahan-lahan dgn menggunakan api yg kecil.

  6. ** test adunan dah masak @ blm -> titiskan adunan ke dlm air sejuk. Kalau adunan tu pecah, adunan blm masak. Kalau adunan tu bebentuk bulat, means dah masak la tu!!

  7. Bila adunan dah masak, tutup api & masukkan kacang tanah tadi. Siap!!

  8. Bentuk adunan yg dah siap tadi (bentuk lonjong). Lepas tu, gunakan 'glossy paper' untuk membungkusnya seperti gula-gula. Kalau nak sedap lagi, simpan gula-gula ni dalam peti sejuk.

Komen