Dihantar Oleh Pada 02 February, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 hidangan sekeluarga
Description

resepi versi sendiri. Sedap, garing dan cara penyediaan yg mudah... sungguh enak dimakan dgn nasi putih, nasi goreng mentega atau nasi lemak atau ratah je...

Share:
Bahan-bahan
  • 100 g ikan bilis halus/sederhana (dibasuh dan ditoskan)
  • 6 biji bwg merah (dikisar)
  • 3 biji bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci belacan (dikisar)
  • 3-4 sudu besar cili kering kisar
  • 1/2 sb air asam jawa
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara
  1. Sediakan kuali. Panaskan 3-4 sudu besar atau lebih minyak masak dan goreng ikan bilis sehingga btl2 garing. Angkat dan toskan.

  2. Tumis bahan2 kisar dgn menggunakan minyak bekas menggoreng td sehingga terbit bau (tumis lama sikit supaya cili btl2 masak).

  3. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga kering. Tutupkan api. Kemudian masukkan ikan bilis yg digoreng td dan gaul sehingga rata. Biarkan seketika di dlm kuali.

  4. Hidangkan dgn nasi panas.

  5. ***sedap jg dicampurkan dgn kacang tanah dan tempe goreng.

Komen