Resepi Pulut Microwave

 Dihantar Oleh Pada 30 January, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 orang makan
Description

Cara mudah untuk masak pulut. Tak payah rendam-rendam lagi dah. Masak terus.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 cawan pulut
  • air secukupnya
Cara-cara
  1. Masukkan pulut dalam bekas yang boleh dimicrowave. Masukkan air sehingga semua pulut tenggelam. Microwavekan selama 2 minit.

  2. Keluarkan, karih karihkan pulut dengan garpu. Kalau pulut masih kelihatan mentah, tambahkan air sedikit dan microwavekan lagi selama 2 minit.

  3. Ulang langkah 2 sehingga pulut masak. Saya ambil masa lebih kurang 8 minit untuk masak pulut ni.

  4. Setelah masak, bolehlah digaulkan dengan sedikit kelapa kering dan garam dan hidangkan dengan ikan bilis goreng pedas. Best

  5. NOTA: Masa tambahkan air dalam langkah 2, masukkan sedikit demi sedikit. Jgn masukkan byk sekali gus, takut nanti terlebih air, pulut jadi lembik.