Dihantar Oleh Pada 29 January, 2009
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 orang
Description

Sajian mudah dan lazat. sesuai utk mkn tengahari dan juga mkn malam.

Share:
Bahan-bahan
  • 500 g daging (direbus dgn sedikit garam dan dihiris nipis2)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk/dicincang)
  • 1 sb lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sdt sos masam manis
  • 1 sdt sos lada hitam - optional
  • 1 sb kicap pekat
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
  • 5 biji cili api (diketuk)
  • sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris)
  • sedikit garam dan gula (jika perlu)
Cara-cara
  1. Perapkan daging bersama 1/2 sb kicap pekat dan 1/2 sb lada hitam selama 10 minit.

  2. Panaskan 2-3 sb minyak masak dlm kuali dan goreng daging hingga separuh garing. Keluarkan dan ketepikan. Di dlm kuali yg sama, tumis bawang putih hingga perang.

  3. Masukkan daging, lebihan lada hitam dan juga kicap pekat. Kacau sebati. Masukkan pula sos tiram, sos masam manis, sos lada hitam, bawang besar, cili merah, dan cili api. Kacau lagi.

  4. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, daun sup, daun bawang dan perasakan dgn garam dan gula. (jika dah cukup masin dan manis x perlu bubuh garam dan gula)

  5. Hidangkan panas2.

Komen