Dihantar Oleh Pada 17 December, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: Servings for 6 persons
Description

Belajar dari mak mentua. Resepi ringkas, menyihatkan dan sedap untuk dicuba.

Share:
Bahan-bahan
  • 500 gram daging cincang (atau apa-apa jenis daging yang disukai)
  • 2 biji bawang besar - potong kiub
  • 1 tin puri tomato atau 2 biji tomato segar - potong kiub
  • 3/4 mentega,
  • 4 sudu cili kisar
  • 4 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos cili
  • 1 cawan sos spaghetti (jika suka)
  • 1 cawan sayuran campuran, lobak merah, cendawan, lada benggala atau apa-apa sayuran yang disukai
  • 1/2 sudu Italian herbs (campuran herba Itali)
  • 1/2 sudu daun Rosemary
  • 1/2 sudu daun Oregano
  • 2 sudu gula,
  • Garam secukup rasa
  • Tepung jagung - jika suka
  • Air
  • Keju parmesan (Kraft) yang diparut
Cara-cara
  1. Basuh spaghetti dan lembutkannya di dalam kuali bersama garam dan air.

  2. Kemudian, angkat spaghetti dan toskan.

  3. Cairkan mentega dan tumis bawang bersama cili sehingga naik bau.

  4. Kemudian, masukkan pula tomato atau puri tomato, sos tomato, sos cili, sos spaghetti, daging cincang dan secawan air. Masak daging sehingga separuh masak.

  5. Selepas itu, masukkan pula campuran herba Itali, oregano, rosemary dan tepung jagung (yang dibancuh bersama sedikit air) untuk pekatkan kuah. Biarkan seketika di atas api yang perlahan sehingga daging betul-betul empuk.

  6. Boleh la masukkan sayuran, garam dan gula. Bila lobak dah cukup lembut, boleh tutupkan api.

  7. Ambil spaghetti tadi dan letakkan di dalam mangkuk berasingan. Tuang kuah/sos di atasnya. Taburkan keju yang diparut tadi dan sedia untuk dihidang.

Komen